Segala persoalan berhubung dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM27 bilion yang kononnya tidak dapat dikesan akhirnya terjawab dengan kenyataan terbaru dari pengarah kumpulan urusan 1MDB.
Presiden dan pengarah eksekutif kumpulan, Arul Kanda dalam satu kenyataan media pada Rabu memberi perincian senarai perbelanjaannya yang menyebabkan firma itu menanggung hutang sebanyak RM41.8 bilion.
Ia bagi menjawab dakwaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dana 1MDB sebanyak RM27 bilion tidak dapat dikesan.
“Sejak beberapa minggu lalu, banyak spekulasi timbul mengenai penggunaan wang daripada hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB, lebih khusus lagi hutang RM27 bilion yang didakwa ‘tidak ditemui’ atau ‘hilang’.
“Kami menyediakan satu ringkasan mengenai apa yang digunakan dari dari hutang RM42 bilion, maklumat yang sudah didedahkan dalam akaun 1MDB yang diaudit dan boleh didapati orang orang ramai dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.
“Kami percaya penjelasan ini akan membantu menerangkan apa-apa kekeliruan mengenai perkara ini,” kata Arul.
Arul menyenaraikan wang yang digunakan dari dana RM41.8 bilion, termasuk RM900 juta lebihan tunai yang dipegang syarikat tersebut:
RM18 bilion untuk membeli syarikat pengeluar tenaga bebas
RM8.5 bilion untuk Powertek
RM2.3 bilion untuk KLPP
RM1.2 bilion untuk Jimah
RM6 bilion dari hutang yang diwarisi
RM1.7 bilion untuk pembelian tanah
RM0.2 bilion untuk Tun Razak Exchange
RM0.4 billion untuk Bandar Malaysia
RM1.1 billion untuk tanah di Pulau Pinang
RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan
RM4.5 bilion untuk kos kewangan dan modal
RM0.9 bilion untuk kos tukaran asing
RM0.4 bilion untuk cukai
RM15.4 bilion untuk dana pelaburan
RM6.1 bilion dalam Brazen Sky
RM4.2 bilion dalam Aabar Deposit
RM5.1 bilion dalam GIL Funds