Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sepanjang sejarah tahaluf dan lain-lain, pemimpin dan ahli parti itu sering diperingatkan memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan serta memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah sehingga meninggalkan prinsip dan dasar perjuangannya.

“Sebab itulah walaupun kita tahu kawan kita memperjuangkan perlembagaan sekular yang sudah tentu bercanggah dengan dasar Islam tetapi Pas tidak pernah meminta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular dalam perbincangan.

“ Apatah lagi kita tidak pernah mencampuri siapa yang patut atau tidak patut berada kepemimpinan parti masing-masing, walaupun kita diserang siang dan malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61, di sini, hari ini.