Bekas Exco DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mengesahkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) adalah agenda DAP untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
Ronnie Liu dalam kenyataannya menyeru golongan PAS pro DAP yang tewas pemilihan Muktamar PAS baru-baru ini, diketuai oleh Mohamad Sabu keluar parti secara en block dan menjadikan PASMA sebagai parti politik.
“Ini bukan end of the world.
“Saya percaya braders and sisters in PAS yang pro Pakatan akan berbincang sambil mencari jalan. Mereka tidak akan berundur dari politik. Mudah-mudahan Mat Sabu dan rakan-rakan akan keluar (secara) en block dan jadikan PASMA parti politik seperti yang dirancang.
“PKR + DAP + PASMA….satu Pakatan Rakyat yang baru, dengan nafas yang baru,”katanya ketika menulis fi Facebook.
Ronnie Liu juga turut melampirkan keputusan pemilihan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden PAS, di mana Ustaz Ahmad Awang (calon Presiden), Mohamad Sabu (calon Timbalan Presiden) dan Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayub (tiga calon yang tewas Naib Presiden PAS).
Selain itu, Ronnie Liu turut menyiarkan beberapa keping foto Mohamad Sabu dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Yang Dipertua PAS Kota Bharu) yang disambut meriah dalam makam malam DAP Kapar.