ALOR GAJAH: Dua pekerja terbunuh manakala tiga lagi mengalami kecederaan serius apabila sebuah pusat membeli-belah yang dalam pembinaan di sempadan Negeri Sembilan-Melaka runtuh pada pukul 2.15 petang Isnin.
Seramai 15 pekerja lagi dipercayai masih terperangkap di dalam bangunan tersebut.
Difahamkan, pihak keselamatan sedang berusaha melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terlibat.