Semua pihak termasuk media dan portal pro pembangkang yang menyerang 1MDB berdasarkan maklumat atau sumber Sarawak Report, perlu berhenti berbuat demikian.
Ini berdasarkan laporan firma penyiasatan mendapati dokumen urusniaga syarikat berkenaan dengan PetroSaudi yang didedahkan Sarawak Report sudah diedit.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pihak tidak bertanggungjawab ini patut berhenti berbuat demikian kerana mereka hanya menyebarkan berita yang tidak betul serta boleh menjejaskan negara dan ekonomi.
Sambil mengulangi bahawa 1MDB adalah isu lama yang pernah disiasat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2012, katanya cerita berkenaan syarikat itu ‘disensasikan’ semula oleh Sarawak Report.
“Ia kemudian diuar-uarkan oleh The Edge, Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Malah, pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad turut merujuk laporan Sarawak Report untuk mengkritik kerajaan serta Perdana Menteri,” .
“Dengan pendedahan maklumat itu sudah ‘diuli’ dan bekas pegawai PetroSaudi yang cuba memeras ugut syarikat berkenaan, sudah sepatutnya semua pihak berhenti menyerang 1MDB,” katanya kepada BNBBC.my.
Beliau mengulas perkembangan terbaru syarikat milik kerajaan itu ekoran siasatan mendapati bahawa laporan Sarawak Report yang didedahkan itu sudah dipinda dan penahanan warga Switzerland, Xavier Andre Justo oleh polis Thailand.
“Sepatutnya pihak-pihak yang bergantung kepada Sarawak Report ini untuk menyerang kerajaan, 1MDB dan Perdana Menteri ‘berhenti sekejap’ atau tarik brek,”.
“Inilah masa untuk menilai sama ada berita yang disebarkan mengenai 1MDB sebelum ini sah atau tidak. Jika tidak, ia suatu fitnah dan ini sikap merbahaya kepada negara,” tegas Ahli Parlimen Johor Bharu itu.
Tambahnya,” Kalau dahulu PAC (tahun 2012) tidak jumpa apa-apa ketirisan dalam 1MDB tetapi selepas Sarawak Report melaporkannya semula, kenapa kita perlu menari ikut rentak portal Sarawak Report dengan maklumat yang tidak betul?,”.
Menurut Shahrir, sudah masa semua pihak menghentikan serangan terhadap 1MDB atau menyebarkan maklumat palsu untuk menyerang kerajaan sehingga selesai siasatan Ketua Audit Negara dan PAC.
“Akhbar The Edge, portal Malaysian Insider dan Malaysiakini tidak patut tegakkan benang yang basah sehingga ada sesuatu dapatan baharu oleh PAC, bolehlah diteruskan untuk mencari kebenaran,” katanya.
Menjawab soalan, beliau menegaskan, tindakan perlu diambil terhadap akhbar atau portal yang menyebarkan maklumat palsu jika terbukti dakwaan mereka tidak benar.
“Tindakan undang-undang kena ambil apatah sekiranyan lagi laporan itu memang fitnah dan cuba sabotaj ekonomi yang dimainkan oleh media asing,”.
“Apa yang Tun Dr Mahathir (Mohamad) cakap mengenai agenda media asing (terhadap negara) hampir terbukti. Cuma yang sedih, Tun Mahathir terlajak sama (mengkritik dan menggunakan media asing),” ujar Shahrir.