Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang mengesahkan bahawa Datuk Seri G Palanivel bukan lagi ahli MIC dan sebaliknya mengisytiharkan pesaingnya, Datuk Seri Dr S Subramaniam sebagai pemangku presiden.
“RoS dalam surat yang dialamatkan kepada CWC 2009 pada Rabu mengesahkan yang Datuk Seri G Palanivel bukan lagi ahli MIC mengikut Artikel 91 perlembagaan parti.
“RoS juga mengiktiraf akibat pengesahan itu, Datuk Seri Dr Subramaniam akan bertindak atas kapasiti pemangku presiden memimpin CWC 2009 untuk menjalankan pemilihan semula MIC seperti yang diputuskan oleh RoS,” kata kenyataan Subramaniam.
Perkembangan terbaru MIC daripada ROS itu berlaku pada waktu sama Palanivel pula mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC yang menyokongnya di Putrajaya.
Menurut Subramaniam, RoS menyampaikan berita itu menerusi surat yang dihantar kepada jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC penggal 2009.