Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Kewangan Negara yang bermesyuarat hari ini bersetuju Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri (Marris) mulai 2016 dibuat berdasarkan prestasi perbelanjaan tahun sebelumnya.
Najib berkata, beliau pada masa yang sama berharap prestasi penggunaan Marris dapat ditingkatkan.
Beliau berkata, pemberian Marris pada 2014 adalah lebih tinggi berbanding 2013.