Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan, kerajaan negeri Pulau Pinang bukan lagi sebagai kerajaan Pakatan Rakyat (PR) seperti sebelum ini.
Guan Eng berkata, keputusan itu diambil sebulat suara pada mesyuarat EXCO, semalam dan kini ia dikenali sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang.
Berikutan itu, katanya, kepimpinan beliau akan meneruskan dan mengekalkan urus tadbir kerajaan negeri ini seperti biasa.
Urus tadbir ini dilaksanakan berdasarkan Dasar Bersama PR yang digubal pada 2009.
Pihak Exco juga memutuskan untuk menggelar diri sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang dan bukan lagi kerajaan negeri PR Pulau Pinang, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.