Musyridul Am PAS,Datuk Dr Haron Din turut meragui kebenaran laporan Wall Street Journal yang mendakwa dana RM2.63 billion disalur menerusi 1MDB ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berpendapat lojik akal jika seseorang hendak salurkan dana awam ia tidak begitu.Ia akan disalurkan ke akaun rahsia.
Dr Haron yang ditemui wartawan di Putrajaya Sabtu berkata berita seperti ini perlu diperiksa dulu samaada benar atau tidak.
Menurutnya banyak berita timbul baru-baru ini dan ia kelihatan benar tetapi kemudian terbukti sebaliknya selepas siasatan dijalankan.
Dr Haron berharap tuduhan terhadap Perdana Menteri itu tidak benar demi kepentingan negara.
Apapun katanya adalah amat malang jika dakwaan itu benar.
Ini,katanya kerana pelabur asing akan menjadi tidak selesa melabur di Malaysia dan orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negara.