Dakwaan fitnah menerusi The Wall Street Journal terhadap Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini jelas mendapat reaksi yang bercampur baur terhadap fitnah berkenaan. Ramai yang menyokong beliau disaat sukar sebegini termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din dan Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menariknya, bagi pihak PKR mahupun DAP, mereka mengambil pendekatan diam dalam perkara ini. Lebih menarik lagi, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri seolah-olah membisu tanpa mahu menggulas apa-apa mengenai hal ini.
Ini jelas menunjukkan mereka sepakat seolah-olah menyokong fitnah yang dilemparkan oleh WSJ sebelum ini.
Satu perkara yang aneh apabila dilihat PKR satu ketika dahulu lebih mengambil pendekatan berdiam diri sewaktu Anwar dijatuhi hukuman penjara kerana tuduhan meliwat.
Sebaliknya, parti ini seolah-olah ketandusan pemimpin apabila “calon kitar semula”, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dipilih mewakili suaminya di Permatang Pauh.
Pakatan Rakyat sebelum ini melaungkan ketelusan dalam pemerintahan. Asal ada pertuduhan yang terpalit kepada kepimpinan negara terutama Datuk Seri Mohd Najib, mereka pastinya akan mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan. Nada yang sama juga disuarakan oleh Tun M.
Tetapi andai sesuatu yang terpalit kepada Anwar, terus mereka mengatakan ianya adalah kerja jahat UMNO dan Barisan Nasional.
Dalam pada itu, menurut sumber, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tertutup PKR di Ibu Pejabat parti disini esok. Diprcayai antara agenda yang dirancang adalah mendesak Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan berikutan isu ini. Menurut sumber lagi, PKR jelas tidak dapat menerima Perdana Menteri yang dipalit skandal berterusan dan ini mampu mencemarkan nama baik negara pada mata dunia.
Jika dilihat pada agenda berkenaan, jelas apa yang dilakukan Perdana Menteri jika dipalit sedikit fitnah, maka hero yang bersuara dahulu adalah Parti Keadilan Rakyat. Jika fitnah terhadap Anwar Ibrahim, semuanya adalah konspirasi dan seluruh ahli PKR akan sedaya yang boleh menutup kesalahan Anwar termasuk rakan Pakatan Rakyat yang lain.
Ini adalah sebab utama kenapa Anwar masih kekal ketua “de facto” Pakatan Rakyat sehingga hari ini. Walaupun Anwar kini di penjara, Pakatan Rakyat jelas lebih suka memilih banduan untuk menjadi ketua mereka daripada mencari individu lain didalam Pakatan itu sendiri.