Empat perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Gold dari KL Sentral ke Ipoh dan Ipoh ke KL Sentral akan ditambah sempena sambutan Aidilfitri.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, jadual tambahan itu ditetapkan pada jaml 12.15 tengah hari dan 7.20 malam bagi laluan KL Sentral ke Ipoh pada 15,16,19 dan 20 Julai.
Untuk laluan Ipoh ke KL Sentral pula ditetapkan pada 9 pagi dan 4 petang bagi semua hari yang sama.
Dalam kenyataannya, KTMB menyebut, bagi perkhidmatan tren jarak jauh, KTMB akan menggunakan koc baharu ‘PT Inka’ bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral pada 14 hingga 16 Julai dan 19 hingga 21 Julai.
Perkhidmatan itu ditetapkan pada jam 8 pagi bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan 5 petang bagi laluan Padang Besar ke KL Sentral.