Polis berjaya menahan individu yang menamakan dirinya di laman Facebook sebagai Papagomo Original di Perak hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya berkata, “syabas JSJ D5 @PDRMsia berjaya tangkap Papagomo Original di Perak”.
Untuk rekod Papagomo Original kerap membuat fitnah dan mengelirukan rakyat dengan perbualan di medium “Whatapps” yang diubahsuai dengan berniat jahat.
Syabas JSJ D5 @PDRMsia berjaya tangkap Papagomo Original di Perak
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 22, 2015