Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta supaya projek Kementerian Pendidikan iaitu 1BestariNet disiasat.
Penasihat Ekonominya Suud Ridzuan berkata projek 1BestariNet yang telah dianugerahkan kepada YTL Communication Sdn Bhd, dalam laporan Ketua Audit Negara dikatakan sebagai projek yang mengecewakan kerana penggunaan yang sangat rendah di bawah lima peratus.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum terbabit kepada Pegawai Pengurusan Dasar Integriti SPRM Kamaruddin Ariffin di sini, Selasa.