Facebooker ASSU mempamerkan perbandingan rekod Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang disiarkan di laman rasmi Kerajaan Selangor dengan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Rekod di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan syarikat DEIG milik individu bernama Raja Shahreen Raja Othman dan Soffan Afendi.
“Apakah hubungan mereka dengan Azmin sehinggakan syarikat bernilai RM2 dapat derma RM30 Billion?
“Rakyat Selangor tertipu, wang sudah dipindahkan RM30 Billion, dan Azmin akan menghapuskan pemberian air percuma!
“Ini sudah gila! Betul-betul gila! Memanglah DAP sedang berusaha nak gantikan Azmin kepada Wan Azizah, tetapi kenapa curi wang rakyat RM30 Billion?,” katanya.
Facebooker Hamba Archidea Cronixx juga turut mempamerkan rekod SSM itu.
“Ditubuhkan pada 5 Jun 2015 dan dipertanggung-jawabkan untuk mengurus-tadbit aset pelaburan bernilai 6.5 billion ?,” soalnya.