Polis Malaysia menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung insiden letupan bom di Bangkok bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek terdiri daripada seorang lelaki warga Pakistan dan dua warga Malaysia, yang ditahan beberapa hari lalu.
“Kita membantu polis Thailand berhubung siasatan ini.
“Kita merasakan tiga suspek ini dapat membantu kita dalam siasatan,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Khalid bagaimanapun berkata, suspek berkenaan tidak akan diserahkan kepada polis Thailand.
“Kita merasakan tiada keperluan pada masa ini untuk menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa Thailand.
“Kita sedang bekerjasama dengan pihak di Thailand. Biar kita melakukan siasatan ini terlebih dahulu,” katanya.