Kalumpang: Pemandu kereta Proton Wira parah selepas terbabit dalam kemalangan dengan Mercedes Benz di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh sebelum persimpangan Taman Sempua, Kalumpang, di sini, pagi tadi.
Kejadian berlaku 11.50 pagi ketika kenderaan dinaiki mangsa yang dipandu bersendirian dalam perjalanan dari arah Kuala Kubu Bharu ke Tanjung Malim.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Omar Mohd Yatim berkata, bomba menerima panggilan pada 11.59 pagi dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.