1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan dakwaan laporan The Wall Street Journal (WST) bahawa bayaran “hampir AS$1 bilion (RM4.23 bilion) dibuat kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) tidak dapat dikesan.
Syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu mengkritik laporan tersebut sebagai “tidak benar, tiada bukti kukuh, disensasikan dan berniat jahat”.
“Memandangkan seriusnya dakwaan yang tidak dibuktikan, sendiran berniat jahat dan kesan pelan rasionalisasi 1MDB, kami menjangka bahawa setidak-tidaknya WSJ akan mempunyai rasa sopan dan berani untuk menamakan sumbernya dan/atau mengemukakan bukti.”
“Ketidakupayaan untuk berbuat demikian jelas menunjukkan kecetekan dakwaan itu dan menimbulkan keraguan serius tentang sama ada para editor WSJ sendiri percaya kepada laporan yang lemah itu, dan juga para wartawannya,” demikian menurut 1MDB dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Laporan itu merujuk kepada syarikat pelaburan milik Abu Dhabi, Aabar dan anak syarikatnya IPIC, yang menjalankan urusniaga dengan 1MDB.
1MDB berkata dalam satu kenyataan: “Kami menegaskan bahawa kami tidak boleh bercakap bagi pihak Aabar atau IPIC apatah lagi memberi komen mengenai urusan perakaunan pihak ketiga.
“Apa yang kami boleh mengesahkan ialah bahawa nota-nota penyata kewangan 1MDB beraudit 31.03.2014 jelas menyatakan sumber pembiayaan dan tujuan pembayaran bagi penamatan opsyen, untuk mengelakkan keraguan, adalah berstruktur sebagai deposit sementara menunggu penentuan jumlah penyelesaian muktamad (iaitu ia kini aset kewangan milik, dan belum lagi perbelanjaan 1MDB).
Ia menambah: “1MDB boleh mengesahkan bahawa berhubung dengan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB, pilihan sebenarnya ditamatkan.
Malahan, 1MDB dan anak-anak syarikatnya berkaitan telah dibebaskan daripada semua perjanjian, opsyen, kovenan, syarat dan ketentuan di pihak mereka di bawah opsyen dan sebarang hak oleh mana-mana pihak lain terhadap opsyen tersebut dilepaskan dan ditamatkan.”
Terdahulu, WSJ melaporkan mengenai pembayaran wang kedua yang lesap dari 1MDB ke IPIC, sebuah syarikat di Abu Dhabi.
Menurut laporan hampir AS$1 bilion dibayar kepada IPIC pada 2014 untuk menamatkan pilihan kewangan tertentu yang tidak didokumenkan.