Ahli Parlimen Petalinga Jaya Utara, Tony Pua terpaksa melarikan diri daripada sekumpulan peniaga India di Sungai Way, Petaling Jaya selepas gagal memberi penjelasan mengenai pemindahan tapak perniagaan bersempena Hari Deepavali tahun ini.
Peniaga India yang rata-ratanya usahawan kecil dan kais pagi makan pagi hasil perniagaan mereka bagi menyara keluarga, terpaksa berdepan kekurangan pelanggan berikutan perpindahan itu.
Dan ketika Tony membuat lawatan bersama wakil media pro pembangkang untuk dimuatnaik di laman sosial kononnya dia wakil rakyat yang prihatin, ahli parlimen itu diserbu peniaga kecil yang tidak berpuashati dengan kedudukan bazar Deepavali yang dipindahkan.
Sebelum ini, peniaga kecil India terlibat sudah beberapa kali ini ingin menemui Ahli Parlimen yang mereka pilih ketika Pilihanraya Umum ke-13 lalu namun Tony Pua enggan bertemu mereka tanpa sebarang alasan.
Sebagaimana sifat Tony yang gemar melempar tuduhan tanpa asas melalui media pro pembangkang mahupun laman Facebooknya, ketika berdepan dengan kira-kira 15 peniaga India di Sungai Way itu, Tony gagal membuktikan pemindahan tapak bazaar Deepavali itu adalah disebabkan kesesakan lalulintas.
Apabila didesak berkali-kali oleh peniaga terbabit yang jelas ditindas, Tony terkedu dan menukar topik serta mengangkat tangan meminta bantuan kerana sedar dirinya terperangkap dengan penipuannya sendiri.
Melihatkan kehadiran beberapa anggota polis, Tony melambai ke arah mereka untuk meminta bantuan biarpun sebelum ini, Ahli Parlimen ini pernah mencerca pasukan keselamatan itu.
Anggota terbabit segera memberi bantuan selepas Tony yang gagal memberikan bukti tidak tahan diasak berkali-kali untuk mengemukakan bukti tuduhannya.
Lihat video kejadian yang dirakam dan disiarkan media pro pembangkang.
______________________________________________________________