Dalam ucapan Bajet Pulau Pinang 2016, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata:
“Kerajaan Negeri telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menanggung beban GST untuk tahun 2016 bernilai RM19.36 juta, yang tidak akan dibayar oleh rakyat tetapi oleh MBPP dan MPSP.”
Yang mana agak tidak masuk akal, kerana dua sebab:
1) Pihak berkuasa negeri dan tempatan terkecuali daripada GST.
2) Kedua, RM19.36 juta GST bermakna 6% daripada pendapatan RM323 juta.
Agak tidak masuk akal kerana penilaian dan kutipan cukai tanah (yang sepenuhnya terkecuali dari GST) untuk Pulau Pinang masih sama, sebanyak RM200 juta sejak 6 tahun yang lepas, jadi siapa sebenarnya yang dikecualikan daripada GST? Jenis pendapatan bagaimana?
Jualan tanah kepada pemaju?
Nampak seperti Lim Guan Eng banyak tipu lagi.
Lagi satu perkara yang perlu diambil perhatian adalah pendapatan operasi bagi Kerajaan Negeri yang tidak banyak berubah untuk beberapa tahun, tetapi perbelanjaan tahunan negeri telah naik mencanak 4 kali ganda daripada RM283 juta pada 2008 kepada RM1.1 bilion pada tahun berikutnya.
(Jika perbelanjaan tahunan Kerajaan Persekutuan meningkat 400% seperti Pulau Pinang sejak 2008 dan terpaksa menjual Petronas dan tanah Persekutuan untuk menampungnya, Pakatan akan mengamuk gila).
Tetapi masalahnya adalah pendapatan operasi tidak banyak meningkat, jadi bagaimana kerajaan Penang dapat menanganinya?
Dengan meningkatkan jualan atau berdagang lebih daripada RM10 bilion tanah negeri – di mana ia telah menyebabkan tanah negeri ‘Penang State Government Holdings’ menurun daripada 18% kepada 6% sejak DAP mengambil alih.
Selain daripada tanah negeri, pada tahun 2011, Kerajaan Negeri juga telah menjual aset air bernilai RM655 juta kepada Kerajaan Persekutuan dan bersetuju untuk membayar Kerajaan Persekutuan sebanyak RM14.56 juta setiap tahun selama 45 tahun.
Selepas perjanjian tersebut, Tokong kemudian berkata bahawa beliau telah menjadikan Pulau Pinang bebas dari hutang, sedangkan yang sebenarnya beliau telah menjual aset Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Kerajaan Persekutuan untuk menampung hutang negeri yang sedia ada.
Jika anda menolak pendapatan tahunan daripada jualan tanah dalam akaun Kerajaan Negeri Pulau Pinang, anda masih dapat melihat defisit yang besar setiap tahun!
Daripada mempunyai lebihan (surplus), Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya akan mempunyai defisit yang akan bertambah setiap tahun.
Saya tinggalkan kepada anda untuk membuat keputusan sama ada menjual aset kerajaan negeri anda untuk menampung perbelanjaan tahunan adalah contoh yang baik atau tidak.
Oleh Lim Sian See, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1734378990114221&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3