Polis sedang dapatkan pengesahan tubuh badan tanpa kepala yang dilaporkan ditanam dan ditemukan di Indanan, Kepulauan Jolo milik seorang mangsa culik rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memberitahu, tubuh badan itu kini berada di sebuah hospital di Indanan untuk proses pengecaman DNA.
khalid pmtg pauh “Oleh itu, kita sedang mendapatkan sampel DNA daripada keluarga mangsa di sini untuk diberikan pihak berkuasa Filipina bagi tujuan mengenal pasti mayat mangsa.
“Kita akan bekerjasama dengan pihak Filipina bagi menyelesaikan perkara ini dengan segera,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu, Khamis.
Tambah Khalid, proses pengecaman DNA itu akan menentukan mayat tersebut merupakan mayat Bernard.
Beliau bagaimanapun, tidak dapat memastikan tempoh siasatan DNA itu akan selesai.
Bernard Then berasal dari Sarawak diculik kumpulan militan Abu Sayyaf bersama pengurus restoran, Thien Nyuk Fun dari restoran Ocean King Seafood di Sandakan pada 15 Mei lalu.
Kepala Then dipercayai dipenggal kumpulan itu kira-kira jam 4 petang semalam di kepulauan Jolo, manakala Thien pula dibebaskan pada 8 November lalu