Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sekali lagi menafikan bahawa mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais terlibat dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tegasnya, Kevin Morais telah dipindahkan kembali ke Jabatan Peguam Negara pada awal Julai 2014 dan pada ketika itu, tiada sebarang laporan dibuat mengenai 1MDB.
Beliau berkata demikian kepada media melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung kenyataan adik Kevin Morais, Charles Suresh Morais yang masih mengaitkan kematian mendiang dengan siasatan 1MDB.