Setiausaha Agong UMNO Malaysia dijangka mengadakan sidang akhbar pagi ini (27/12/2010). Sidang akhbar tersebut dijangka bagi mengumumkan rombakan peringkat pegawai dan pengurusan UMNO Malaysia. Agak aneh kerana pengumuman itu kebiasaannya (bukan semestinya) diumumkan oleh Presiden Parti UMNO sendiri tetapi kali ini dibuat oleh Setiausaha Agong.
Pengumuman penting yang dijangka mungkin mengenai pertukaran jawatan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Dato’ Rauf yang akan digantikan oleh orang lain. Setiausa Agong UMNO Malaysia sebelum ini seperti dipinggirkan kerana Setiausaha Agong yang sepatutnya menerima arahan dari Setiasusaha Agong di lihat sering menonjolkan diri dan membelakangi ‘Boss’ beliau. Sejak selepas PRK Hulu Selangor Setiausaha Kerja dilihat mula kurang diberikan terutama dalam PRK Sibu, Galas dan Batu Sapi. Bukan lagi rahsia dikalangan kakitangan dan pihak pengurusan UMNO Malahsia, Dato’ Rauf tidak sebulu deengan boss beliau sendiri.
Besar kemungkinan jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia juga akan berlaku perubahan. Dato’ Ahmad Maslan berkemungkinan besar di gantikan oleh muka baru. Antara nama yang disebut-sebut bakal menggati beliau adalah Dato’ Seri Idris Jusoh. Ahmad Mazlan munkin perlu menumpukan kepada hal-hal berkaitan Felda.
Besar kemungkinan dalam sidang akhbar itu Setiausaha Agong mengumumkan perletakkan jawatan bliau kerana tidak tahan dan meluat dengan kerenah Setiausaha Kerja. Apa-apa pun boleh berlaku pagi nanti.
Bersama-samalah kita nantikan pengumuman belia pagi nanti.