Polis mengambil keterangan seorang lelaki kerana menuduh perdana menteri dan isteri sebagai pembunuh di laman sosial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Hasutan.
“Orang ramai tidak sepatutnya menyiarkan perkara-perkara yang tidak bertanggungjawab di laman sosial kerana ia boleh menyebabkan kekacauan,” katanya selepas majlis penutup Kejohanan Karate Piala Ketua Polis Negara 2015 di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) pada Ahad.
Sebelum ini, Khalid telah mengeluarkan arahan menahan pengguna Twitter tersebut pada Khamis lalu.