KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila sebuah bas ekspres yang membawa 28 penumpang bertembung dengan sebuah kereta dan terjunam ke dalam gaung.
Kedua-dua kenderaan itu terjunam kira-kira 30 meter ke dalam gaung di jalan utama Kiau-Ranau kira-kira pukul 3.45 petang Selasa.
Tiga mangsa yang terbunuh itu dipercayai adalah penumpang kereta berkenaan.
Pasukan penyelamat di tempat kejadian berkata berkata sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak kematian.
Kejadian berlaku di simpang berhampiran Kampung Kiau iaitu kira-kira 70 kilometer dari sini.
Pemangku Ketua Polis Kota Belud, Asisten Superintendan Jaujani Jubin mengesahkan kejadian itu dan berkata mereka sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian.
Bas itu dikatakan dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu.