Sebuah masjid di Kuala Terengganu dikatakan mengalami kebakaran ketika penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus sedang menyampaikan ceramah agama lewat malam tadi.
Gambar yang disebarkan melalui media sosial itu kini viral.
Menurut pengirim yang menghubugi SuaraTV sebentar tadi, kebakaran tersebut dikatakan berlaku di Masjid Batu Enam dan berpunca dari kerosakan penghawa dingin.
“Dengar-dengar kes aircond meletup.. Masjid Batu 6 terbakar, tengah Ustaz Azhar mengajar,” kata pengirim yang tidak dikenali kepada SuaaTV sebentar tadi.
Menurut pengirim itu lagi, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan sehingga kini.
Namun pihak SuaraTV tidak dapat memastikan kesahihan maklumat tersebut kerana tiada sebarang pengumuman rasmi dilaporkan berhubung kejadian tersebut.
Tinjauan di laman Facebook Ustaz Azhar juga gagal menemui sebarang maklumat mengenainya.
Pihak SuaraTV cuba menghubungi beliau untuk pengesahan, namun gagal. – SuaraTV
Berita Lanjut Menyusul…