Ceramah Pakatan di Batang Kali pada 13 Disember 2015, jam 7 malam.
Yang datang mendengar ceramah di jemput menggunakan bas dari serata pelusuk Hulu Selangor yang terdiri dari pelbagai kaum dan kebanyakannya orang tua dan kanak-kanak.
Dalam keadaan hujan lebat dan tidak disediakan makanan dan minuman sudah tentu yang dijemput hadir ke ceramah tersebut merasa haus dan dahaga.
Secara kebetulan sekumpulan anak muda mengadakan program ‘Anak Muda Santai Final Piala Malaysia 2015’ sedang berkumpul menonton siaran langsung pertandingan akhir tersebut. Mereka disediakan dengan jamuan makan oleh penganjur dari kumpulan Belia dan Pemuda UMNO.
Akibat kelaparan dan dahaga mereka yang diangkut mendengar ceramah menyerbu khemah anak muda yang sedang menonton siaran langsung final Piala Malaysia mendapatkan makanan. Hilang malu dan segan. Terima kasih kepada anak muda yang dengan ikhlas membenarkan mereka yang sedang lapar dan dahaga menjamah jamuan yang sepatutnyanya disediakan untuk mereka.
Kepada penganjur ceramah politik Pakatan, lain kali bila buat ceramah dan bawa orang ramai mendengar pembohongan politik jangan lupa siapkan makan dan minum mereka. Mereka terdiri dari orang kampong yang susah dan hidup terhimpit kerana kos sara hidup (slogan pakatan).
Dipetih dari facebook Cikgu Alpian Mohd Nor
Kasihan…dipanggil untuk memenuhi ceramah parti. Tiba dengan bas yg disewa pukul 7 petang hingga jam 11 malam. Kanak-kanak dan orang tua. Makan tak diberi…akhirnya pergi makan di khemah yang sepatutnya disediakan untuk program anak muda santai Final Piala Malaysia edisi 2015. Hilang malu dan segan. Kelaparan mengatasi segalanya. Penganjur…lain kali prihatin la sikit..
Agaknya berapa kos majis perkahwinan anak Azmin Ali kelmarin?