ACFT TYPE:CN235
CALLSIGN: SINTAR SAKTI 02
POSITION: KUALA SELANGOR (N031846E1011527)
NATURE OF EMERGENCY: ACFT LANDED ON WATER
POB:08
TIME ACFTIVATED:260845H
TQ Pls Ack Sir’s
Warrant officer shaiful RMAF
Sebuah pesawat pengangkut CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa lapan orang anak kapal dilaporkan mendarat cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor pada Jumaat.
Menurut kenyataan TUDM, pesawat yang berpangkalan di Subang itu membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada 8.50 pagi.
“Lapan orang anak kapal dilaporkan selamat selepas dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut,” kata kenyataan itu.
TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.
“TUDM juga akan berusaha untuk membuat ‘recovery’ pesawat tersebut,” kata kenyataan itu.
Terdahulu dalam laporan awal, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima laporan orang awam berhubung kejadian itu.
“Maklumat berhubung kejadian itu diterima daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian yang melihat pesawat terhempas dan mengalami kebakaran.
“Semua mangsa berjaya diselamatkan dengan menaiki perahu nelayan,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.