Menteri Besar Kedah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada Mesyuarat MT, di sini, sebentar tadi.
Beliau diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah pada 12 Februari lalu selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 pada 4 Februari, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bashah, 66, melafazkan sumpah taat setia jawatan itu di hadapan anggota MT dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.