KENYATAAN MEDIA SOKONGAN ANAK MUDA PADA PERDANA MENTERI
1) Kami rasa terpanggil untuk menyatakan yang kumpulan mahasiswa, NGO dan generasi muda menyanggah kenyataan kumpulan Challenger yang mengecam Perdana Menteri Malaysia.
2) Challenger bukanlah satu pertubuhan berdaftar dengan ROS, ROY atau universiti. Mereka tidak mewakili suara majoriti anak muda di Malaysia.
3) Kenyataan mereka yang mempertahankan Rafizi Ramli yang sering menyerang Tabung Haji dengan tuduhan tidak berasas menyerlahkan mereka adalah sekutu pada pembangkang.
4) Kami bersetuju bahawa menghormati hak majoriti yang dipilih melalui proses demokrasi yang berlangsung setiap lima tahun adalah lebih mulia berbanding merosakkan sistem yang sedia ada.
5) Semua tuduhan yang dilempar ke atas Perdana Menteri hanyalah bersifat prasangka dan propaganda semata-mata, sedangkan realitinya sudah banyak perubahan yang dilakukan dan rakyat sedang menikmatinya sekarang.
6) Tindakan mempertahankan The Edge, Sarawak Report akhbar yang memetik sumber daripada Xavier Justo orang yang sudah ditahan dipenjara Thailand juga membuktikan Chalenger ini buat kenyataan media secara melulu dan tanpa usul periksa.
7) SPRM dan Peguam Negara sudah mengesahkan tentang isu dana RM2.6 billion selepas meneliti secara forensik dokumen setinggi 1.7 meter daripada SPRM dan sumber sumber lain. Keputusan Peguam Negara adalah jelas, tiada kaitan dengan 1MDB dan tiada kesalahan jenayah.
8) Jika ada bukti baru, maka pihak pihak berkaitan perlu memberi kerjasama kepada pihak polis, SPRM dan AG untuk siasatan. Bukan menuduh tanpa asas dalam blog dan tidak menyatakan sumber seperti yang dibuat oleh WSJ
9) Soal penggantungan yang kita segani Tan Sri Muhyiddin dan keluarnya insan yang kita sayangi Tun Mahathir daripada UMNO adalah soal dalaman parti. Pihak luar dan anak muda hanyalah menilai berdasar persepsi sahaja. Realitinya, berapa ramai yang turut serta keluar UMNO bersama sama dengan Tun Mahathir? Tun Mahathir sendiri masih belum menghantar surat rasmi keluar daripada UMNO.
10) Tindakan Tun Mahathir yang mahu bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan PM adalah satu tindakan yang tidak wajar. Apakah Tun Mahathir mahu bersekutu dengan agenda Claire Brown, Editor Sarawak Report yang mahu raikan kejatuhan Najib dengan segelas arak?
11) Kami juga memperakui kepimpinan Perdana Menteri yang sehingga kini turut diiktiraf diperingkat antarabangsa. Pemimpin dari Timur Tengah, China, Eropah dan Amerika Syarikat menghormati kepimpinan Dato Sri Najib.
12) Dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat, Malaysia masih lagi mengekalkan pertumbuham ekonomi 5% dan mendapat status kewangan yang semakin baik dari Fitch Rating. Ini bermakna, dasar ekonomi Dato Sri Najib adalah tepat, hinggakan Arab Saudi sendiri meniru GST yang dilaksanakan di Malaysia.
13) Sebagai anak muda, kita harus bertindak berdasar fakta, menjunjung Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Tidak harus menyebar persepsi, menular emosi, menyemai benci terhadap pemimpin secara buta tuli.
14) Bagi umat Islam, Al Quran dan hadis tidak mengajar umatnya untuk membuat honar bagi jatuhkan pemimpin. Ayat 59 Surah An Nisa wajib dijadikan pegangan anak muda beragama Islam.
15) Ketika dunia lain bergolak dengan konflik dan kegawatan, rakyat Malaysia masih lagi berada dalam keadaan yang sejahtera untuk meneruskan kehidupan. Mahukah kita kufur dengan nikmat aman yang Allah SWT berikan ini?
16) Cuba namakan mana negara Islam yang aman dan stabil ekonominya pada hari ini? Cuba namakan nama pemimpin Islam yang dipercayai di peringkat antarabangsa hari ini?
17) Lima tahun yang lalu, anak muda berkumpul di Tahrir Square untuk gulingkan Mubarak secara berdemo, hari ini strategis anak muda yang memulakan demonstrasi itu sendiri menyesal dengan apa yang beliau lakukan.
18) Keadaan negaranya lebih tidak stabil, berlaku siri siri demonstrasi yang tidak terkawal dan anarki berleluasa di negara tersebut. Apakah perubahan sebegitu yang anak muda mahukan?
19) Sebagai generasi kepimpinan muda, usah kita hancurkan negara pada hari ini bersandar emosi dan persepsi. Marilah kita bersatu membantu Dato Sri Najib Razak untuk memajukan negara ini.
20) Banyak lagi agenda anak muda yang masih belum selesai dan perlu diperjuangkan secara bersama. Bukan mengikut dan terjerumus dalam “grand design” WSJ dan Sarawak Report yang mahu hancurkan negara ini.
Oleh:
Abang Mohd. Hafizie bin Abang Bunsu
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM sesi 2013/2014
Timbalan Presiden
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan sesi 2013/2014
Turut sama menyokong :
1) Mohd Fadlillah Mukhatar YDP MPP UPSI 2012/2013
2)Muhamad Amerul Muhamad, YDP MPP UMK 2012/2013)
3) Ahmad Mu’adz Nazari, Penolong SUA MPP UniMAP 13/14
4) Mohamad Amir Shaqim Bin Ahmad, NYDP MPP UPNM – 2013/14
5) Adam Ariffin (Exco MPP Multimedia University Melaka 2015/16)
6) Sulhairil Hafiz Sulaiman, Naib Yang Dipertua MPP UPM 2005/06
7) Muhammad Hariz Ahmad, Setiausaha Agung MPP UUM 2012/13
8) Azri Norfikri Aziz, Timbalan YDP MPP UUM, 2012/13
9) Mohd Fuad Ramlan, Timbalan YDP MPP UPM 2013/14
10) Nur Amierah Amaniena Binti Azmi, Timbalan YDP MPP Segi College Penang, 2015/16
11) Muhammad Syafiq Mahamud, Penggerak Hijrah UMK 2013/14
12) Mohd Fahzil Abidin, YDP MPP UMK 2014/15
13) Mohd Zaidi Mohd Idrus, YDP MPP UKM 2007/2008
14) Hariz Izham, Bendahari UTEM 2013/14
15) Mohd Ali Faiz Salleh, YDP MPP UUM 2014/15
16) Mohd Syahiran Annuar, YDP Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Kebangsaan, Permata.
17) Asrisal Mohd Radzi, MPP UKM 2004/05
18) Raj Akhbar Sabu, MPP UMS 2004/05
19) Zuhairi Zuremi, Presiden MPP Unisza 2013/14
20) Azrinizam Ibrahim, Presiden MPP UUM 1999/2000
21) Mohamad Syzrul Yahya, YDP MPP UPM 2015/16
22) Mohd Zul Fadzli Alias, MPP UPM 2014/15
23) Hanafi Mohd Ali, Naib Yang Dipertua MPP UPM 08/09
24) Hezrul Akram Bin Kamaruddin, Naib YDP MPP UMK, 2014/15
25) Jabdin Juhat
YDP MPP UMS, 2000/2001