Cuba berlagak hero tapi akhirnya memakan diri sendiri dan itulah yang berlaku terhadap Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming yang cuba menabur fitnah terhadap penduduk di Sarawak yang kononnya masih hidup dalam kesusahan.
Walau bagaimanapun sikap kolot dan kebodohannya berjaya dihidu rata-rata pengguna facebook apabila pemimpin DAP ini memuat naik fakta salah di laman Facebooknya, sekaligus membayangkan seolah-olah rakyat Malaysia terlalu bodoh dan mudah percaya dengan tipu helahnya.
Dalam status di laman Faceooknya, Kor Ming menyiarkan gambar pelajar perempuan menaiki basikal melalui jambatan gantung yang ‘mengerikan’ sambil mendakwa ia bukti rakyat Sarawak masih hidup dalam keadaan daif selepas 60 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Ia jelas menampakkan kebodohannya dan tidak layak masuk dunia politik apabila meletakkan fakta ikut suka apabila menyatakan Sarawak sudah 60 tahun di bawah pemerintahan BN sedangkan Sarawak menyertai Malaysia adalah pada 16 September 1963 iaitu baru 53 tahun bersama-sama dengan Malaysia.
Jadi mana mungkin boleh cecah angka 60 tahun di bawah pemerintahan BN.
Sehubungan itu ramai pelayar FB menerusi ruangan komen menyelar perbuatannya menggunakan gambar tersebut.
Ini kerana uniform pelajar dalam gambar tersebut bukan uniform mana-mana sekolah di Sarawak, malah ada pengguna Facebook dari seberang secara suka rela menerangkan di mana jambatan tersebut berada iaitu di Indonesia.
Tidak tahan dikecam kerana menipu, Kor Ming kemudiannya memadam posting tersebut dari laman Facebooknya tanpa sebarang ulasan malah kata-kata maaf darinya langsung tiada.
Sewajarnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap laman sosial milik ahli politik yang sesuka hati menyebar berita dan gambar palsu seperti ini dan ia bukankali pertama dilakukan.