Dokumen pemberian hak-Milik rasmi tanah Kerajaan Pulau Pinang.
Sekiranya pemilikan tanah tersebut tidak menjadi Isu mungkin pada April tahun ini akan dinaikkan lagi tempoh pajakan.
Ada berlaku kebetulan pada tarikh dan waktu dokument tersebut dikeluarkan.
Tempoh pegangan pajakan bagi tanah KLIDC Taman Manggis telah dinaikkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada tempoh maksimum yang dibenarkan 99 tahun – oleh itu ia iaka memaksimumkan nilai tanah tersebut?
Untuk rekod, tanah tersebut telah diberikan kepada KLIDC pada tahun 2010.
Apakah dakwaan Dato Rahman Dahlan menjadi kenyataan?
Mungkin DAP Pulau Pinang akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat tergempar Banglo LGE sama ada malam ini atau esok.
Menurut The Star, SPRM telah melawat pejabat Kerajaan Pulau Pinang pada Selasa.
YAB Lim kemudian memendekkan lawatan beliau ke Hainan yang sepatutnya berakhir pada Jumaat dan tiba-tiba pulang semalam – meninggalkan seluruh kontinjen Pulau Pinang yang masih berada di Hainan.
(Mengapa dalaman dokumen Kerajaan Pulau Pinang boleh bocor? Siapakah yang melakukannya? Adakah sesiapa yang marah dengan Tokong Lim Guang Eng atau disinggung perasaannya oleh Tokong Lim Guan Eng di akhir-akhir ini)