Polis hari ini mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini untuk menahan reman seorang pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu siasatan kes meminta wang perlindungan.
Perintah reman dua hari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban Nor Anida Norhamdan.
Pengerusi NGO itu ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berdekatan Plaza Tol Nilai dekat sini pada 10.50 malam tadi…..