Pergolakan dalaman DAP di Pulau Pinang semakin memuncak. Mengikut sumber tertentu ada gerakan terancang dalam DAP Pulau Pinang yang ingin menyingkirkan CM Lim Guan Eng dari Pulau Pinang.
Antara rancangan tersebut adalah membongkar isu pembelian banglo di jalan PinHorn dan maklumat rahsia tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Parti Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng setelah desakan dari DAP Pulau Pinang agar Lim Guan Eng kembali ke Melaka tidak diendahkan.
Pada 8 Mac 2008 di Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Lim Guan Eng telah mengambil jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya diberi kepada Chow Kon Yeow. Antara perjanjian tersebut mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama sepenggal dan akan menyerahkan kepada Chow Kon Yeow. Tetapi Lim Guan Eng telah mengkhianati perjanjian tersebut.
Ramai ahli parti kanan DAP percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.
Teh Yee Cheu Adun DAP-Tanjung Bunga seorang org kuat Chow Kon Yeow yang mendapat sokongan kuat di akar umbi DAP Pulau Pinang turut menyerang Lim Guan Eng dan membuat cadangan supaya penggal khidmat seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal sahaja tahun lalu.
Umum mengetahui Teh Yee Cheu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang 3 hari sebelum Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang bermula.
Lim Guan Eng tidak bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang, mungkin kerana beliau sudah menjadi Setiausaha Agong DAP Nasional… the supreme leader of DAP. Ini adalah penggal terakhir Lim Guan Eng boleh menjawat jawatan Setiausaha Agong DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Ia akan berakhir sebelum penggal Parlimen ke-13 tamat tempoh.
Ini bermakna Lim Guan Eng bukan lagi Setiausaha Agong DAP menjelang PRU ke 14 nanti. Lim Guan Eng juga tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin DAP Pulau Pinang yang melihat Lim Guan Eng sebagai “pemain impot” dalam politik Pulau Pinang.
Nampaknya agenda untuk menamatkan karier politik Lim Guan Eng telah berjaya.
Selamat Tinggal Lim Guan Eng.
Ditulis oleh :
Ahli DAP dan penganalisis politik Penang.