Seorang maut akibat kemalangan melibatkan kereta Proton Wira dan lori berhampiran di jalan Kuala Kubu Road, Kuala Kubu Bharu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang.
Kejadian berlaku di percayai akibat kereta Wira gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah Kuala Kubu Bharu.
Pemandu kereta Wira, Mohd Nazri bin Abd Karim, staff SYABAS berasal dari Kerling yang mengalami kecederaan parah meninggal di tempat kejadian manakala anaknya yang berada bersama didalam kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu dan penumpang lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kejadian disiasat mengikut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987