Kata John Mallot, “The Federal Bureau of Investigation (FBI) and the Department of Justice (DOJ) filing was meticulous, thorough, and totally professional. The evidence is all there. It even includes the transcripts of wiretapped phone calls of a panicked Jho Low talking to his bankers.”
Bagi yang tidak mengetahui, AS adalah negara yang sama yang ‘membuktikan’ terdapat Weapon of Mass Destruction di Iraq sehingga negara itu hancur diserang. Bagaimanapun selepas Iraq hancur, barulah dunia tahu sebenar tiada senjata begitu di Iraq dan ia semata-mata penipuan AS. Inilah juga negara yang kononnya mempunyai teknologi yang begitu canggih, tetapi masih gagal mencari pesawat MH370.
Apapun hujah Mallot dan yang sepertinya, soalan yang sama masih gagal dijawab – “Jika semua bukti ada dan kukuh, kenapa Jabatan Kehakiman AS memilih saman sivil dan bukan terus mendakwa setiap penama di mahkamah?” Mallot gagal menjawab soalan itu.
Kedua, Mallot berhujah, “Thanks to the FBI and DOJ, it is so clear. We know where the money came from. It was stolen from the Malaysian people, through 1MDB. Your money, not ours.”
Hello, 1MDB tidak pernah membuat aduan dan laporan polis bahawa wang mereka telah dicuri. Mereka telah membuktikan dengan dokumen dan penyata kewangan diaudit. Sehingga kini yang melaporkan wang 1MDB adalah media dan pengikut Tun Dr Mahathir.
Ironinya, media yang sama, WSJ, Sarawak Report dan sepertinya, melaporkan bahawa pihak yang mengadu gagal mengesan wang di dalam akaun mereka dan mengadu bahawa mereka kehilangan wang adalah IPIC dan Aabar. Mallot gagal menjawab kenapa Peguam Negara AS Loretta Lynch gagal membuat prosiding yang sama untuk mengesan wang IPIC dan Aabar yang dicuri?
Sepatutnya retorik Mallot dan Lynch adalah untuk mengesan wang yang hilang dicuri daripada rakyat Abu Dhabi dan memulangkannya kembali kepada rakyat Abu Dhabi, terutamanya IPIC dan Aabar supaya mereka boleh meneruskan komitmen mereka sebagai penjamin kepada segala bon, sukuk dan pinjaman kepada 1MDB.
Sebenarnya tidak ada isu jika AS, Mallot dan Lynch mahu bertindak sebagai penyibuk, tetapi meyibuklah untuk perkara yang betul, dalam hal ini, bantulah IPIC dan Aabar mencari wang yang hilang. Tidakkah AS, Mallot dan Lynch kasihan wang rakyat Abu Dhabi terpaksa digunakan untuk membayar keuntungan dan nilai bon, sukuk serta pinjaman 1MDB ini?
Lagipun, jika melihat segala bukti dan rajah-rajah pengaliran wang yang dikeluarkan, termasuk “rakaman perbualan Jho Low yang sedang panik yang berada dalam simpanan FBI”, bolehkah saya cadangkan jalan yang lebih cepat untuk menghukum para pesalah dan memulangkan wang yang kononnya dicuri ini?
Dakwa sahajalah mereka di mahkamah. Bukankah dengan segala ‘bukti kukuh’ yang FBI ada, jalan itu lebih mudah dan singkat?