Mungkin itulah sebabnya PDRM turut menyiasat beberapa individu di bawah kod Konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan.
Ini di sahkan sendiri oleh Tony Pua kepada kepada New York Times.
Fakta penting:
– Konspirator dalam Kabinet mahu untuk berhadapan dengan Najib pada Julai 2015 dan meminta dia untuk berundur. Siapa yang mahu menjadi konspirator dan siapa yang akan menjadi PM jika Najib melepaskan jawatan tahun lepas?
– Gani telah memfailkan caj sebelum Najib ditemubual (soalsiasat) dan sebelum kertas siasatan lengkap? Jika ini berlaku, dia telah melanggar SOP dan boleh didakwa kerana melakukan konspirasi? Ini yang memaksa beliau terus senyap selepas peristiwa itu?
– Muhyiddin juga telah memberitahu Majlis Tertinggi pada September 2015 yang dia sedar dibenarkan amalan menggunakan akaun khas Presiden untuk pembiayaan politik dan parti – satu amalan yang diamalkan di zaman Mahathir. Muhyiddin juga berkata beliau sedar konspirasi itu dan dia tahu siapa di belakang mereka tetapi menafikan beliau adalah sebahagian daripada mereka.
Dengar dan saksikan disini: https://youtu.be/rnI_5pbkqs0
– Selama ini, orang tidak percaya bahawa Najib telah kembalikan sebahagian besar dari RM2.6 bilion. Ini telah disahkan oleh DOJ. Jumlah sebenarnya digunakan dalam PRU ke-13 oleh Najib hanya RM50 juta. RM2.083 bilion memasuki akaun Najib pada Mac 2013 apabila kadar pertukaran adalah USD1 kepada RM3.05 (USD681juta)
Dan apabila dipulangkan selepas pilihan raya pada Ogos 2015, USD2.03 bilion telah kembali apabila kadar pertukaran adalah USD1 kepada RM3.05 (USD620juta).
Jadi untuk mengatakan bahawa Najib songlap berbilion-bilion dalam akaun peribadinya hanya pembohongan. Malah, ia telah digunakan untuk tujuan parti dan CSR – seperti apa yang diputuskan oleh SPRM dan baru AG – tiada manfaat peribadi. Beliau tidak mengawal akaun ini dan terdapat pihak ke-3 untuk menguruskan akaun ini untuk beliau.
Perlu diambil perhatian bahawa individu seperti bekas Peguam Negara dan bekas Gabenor BNM telah dilantik oleh Mahathir sebelum beliau bersara.
Kebiasaannya, Mahathir melantik seseorang ke jawatan penting jika dia mempunyai maklumat sulit tertentu orang itu untuk menguasai mereka.
Mahathir mungkin tidak teragak-agak untuk menggunakan mereka untuk memecat Najib – walaupun ia terpaksa bekerjasama atau mempergunakan media asing atau negara-negara asing.
—
http://www.nytimes.com/2016/07/31/world/asia/malaysia-najib-razak.html