Petisyen perceraian yang difailkan oleh peguam, Stanley Clement Agustin terhadap isterinya, Nika Gee Siew Yee yang dikaitkan dengan seorang bekas pemimpin kanan negara ditangguhkan ke 6 September ini untuk pengurusan kes.
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menetapkan tarikh tersebut selepas bertemu dengan pihak-pihak terlibat di kamar beliau di Mahkamah Tinggi di sini.
Hari ini ditetapkan untuk pelantikan peguam baharu bagi pihak Nika selepas peguam terdahulu menarik diri.