Kemaskini daripada artikel sebelum.
https://pakdin.my/kronologi-save-malaysia-mahathir-selamatkan-siapa-sebenarnya/
Sendiri mau fikir lah jika benar Mahathir mahu “Selamatkan Malaysia” atau kerana 1MDB / RM2.6b / MPP atau untuk agenda peribadi beliau/ Dendam
Kronologi .. fikirkan lah.
—
21 Oktober 2013- Anak Mahathir, Mukhriz Kalah dalam pemilihan UMNO kepada sepupu Najib.
29 Okt, 2013- Mahahir menuduh puak Najib membeli undi dalam pemilihan UMNO Oktober 2013.
30 Okt 2013- Tuduhan Mahathir mengenai politik wang dalam Umno tidak betul, kata ahli Majlis Tertinggi.
2 Disember 2013 – Dr Mahathir berundur dari jawatan Petronas kerana masalah kesihatan.
Disember 4, 2013 – Mokzaini Mahathir letak jawatan Eksekutif Pengarah SapuraKencana dan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif.
Jan 9, 2014 – MTEM kesal dengan dakwaan “layanan buruk” oleh Petronas terhadap bekas penasihatnyaTun Dr Mahathir Mohamad.
Feb 19, 2014 – Mokzaini menjual 190,300,000 saham SapuraKencana berjumlah RM818.3 juta – mengurangkan pegangan ketara.
21 Mei 2014- Mahathir dilantik sebagai pengerusi Proton.
Julai 21, 2014 – Proton meminta RM1.7 bilion untuk pembiayaan (tidak diberi).
18 Ogos 2014 – Mahathir menarik balik sokongan kepada kerajaan Najib.
12 Dis 2014 – Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB.
4 Mac 2015- Mokhzani meletakkan jawatan sepenuhnya daripada SapuraKencana Petroleum.
13 Mac 2015 – Mahathir melancarkan serangan besar-besaran terhadap 1MDB, Najib dan keluarga.
Ap 4, 2015 – Mahathir mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Letak Jawatan.
Jun 26, 2015 – Najib menamgguhkan pemilihan Umno selama 18 bulan.
Jul 2, 2015 – WSJ mendedahkan RM2.6b dalam akaun Najib.
Jul 3, 2015 – Pasukan Petugas Khas ditubuhkan. AG Gani mengesahkan serbuan di MPP, Mentari dan Ihsan Perdana pada hari yang sama.
Jul 7, 2015 – RPK mendedahkan 3 Tan Sri mengatur konspirasi rampasan kuasa.
Jul 25, 2015 – Mahathir mengucapkan “Selamat Bersara” kepada Najib.
Jul 28, 2015 – Muhyiddin, Shafie, Gani dan Ketua SB diganti.
30 Julai 2015- Sarawak Report mengeluarkan kertas pertuduhan terhadap Najib, yang dinafikan oleh SPRM kerana siasatan masih belum selesai.
Ogos 19 20 Sept – Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pergi di seluruh dunia untuk membuat laporan dan menyerahkan dokumen kepada agensi-agensi asing
20 September 2015 – Khairuddin dan Matthias Chang ditangkap.
6 Feb 2016 – Mukhriz Mahathir terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah
Feb 29, 2016 – Mahathir sekali lagi keluar dari UMNO.
4 Mac 2016 – Mahathir tanadatangan deklarasi bersama pembangkang untuk menggulingkan Najib dan “Selamatkan Malaysia”
Apr 9, 2016 – Mahathir menyeru kerajaan asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia.
Jul 20, 2016 – DOJ Amerika Syarikat fail saman sivil berkaitan 1MDB terhadap empat individu berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak-pihak yang tidak dinamakan di Malaysia.
Jul 26, 2016- Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap 3 Tan Sri terlibat didalam konspirasi.
21 Ogos 2016- Mahathir mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri.
23 Ogos 2016 – Sarawak Report mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri.
24 Ogos 2016- Mahathir berkata terdapat 4 Tan Sri.