KUALA LUMPUR: Usaha menyelamat sedang dilakukan untuk mengeluarkan seorang pekerja asing yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak pembinaan di Jalan Segambut Dalam.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 3.57 petang Selasa.
“Kami mengerahkan 12 anggota dan dua jentera bomba ke lokasi kejadian.
“Ketika kami tiba di lokasi kira-kira pukul 4.07 petang, mereka mendapati dua lelaki tertimbus dalam tanah runtuh sedalam enam meter,” kata jurucakap itu.
Menurut jurucakap bomba, mereka berjaya mengeluarkan mangsa pertama yang dikenal pasti sebagai warga Malaysia berusia 28 tahun.
“Dia selamat dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” katanya.
Pada masa ini, pihak bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa kedua.