Anis Syafiqah UM bersama budak PMIUM pro PAN yang merempuh pagar UiTM Seri Iskandar pada 20 Ogos dan terlibat menggerakkan demo TangkapMO1 di Sogo, Dataran Merdeka 27 Ogos lalu rupanya hanya mampu mengumpul politikus tegar pembangkang dalam demo sahaja. Bukan yang atas pagar. Apatah lagi golongan muda!
Buktinya 22 September ketika pengumuman keputusan pilihanraya kampus UM 2016/2017 Pro M dimalukan teruk!
Penggerak Mahasiswa – 29
UMANY – 4
Mahasiswa Hybrid (Neo) – 3
Angkatan Mahasiswa – 2
Demokrat – 1
Harmoni – 0
Bebas – 0
1 kerusi di FPP pengundian semula antara UMANY & PENGGERAK.
Penggerak Mahasiswa UM yang dipimpin oleh Hazwan Syafiq tidak mensia-siakan ruang yang mereka ada dalam berkempen. Mereka buktikan mereka bekerja kuat untuk mendapat undi pengundi kampus. Mereka tunjukkan kekuatan sebenar dalam kampus. Bagitu juga sokongan Alumni Penggerak yang tidak berbelah bagi.
Pro M pula menggunakan parti baru tidak kurang juga calon bebas mereka. Namun ia tidak dapat menghalang kemaraan Pro Aspirasi kampus. Penggerak Mahasiswa ternyata berjaya memalukan Anis Syafiqah, Angkatan Mahasiswa (Trust), PMIUM dan Pro M di UM. Pro M kini dimenangi banyak kerusi UMANY (UM Assocation of New Youth) (4 kerusi) kumpulan mahasiswa cina di UM.
Apa sudah terjadi dengan PMIUM? Jika dahulu kuat dibawah perkaderan PAS kini lemah selepas Parti Amanah (PAN) dan DAP memgemudi persatuan itu. Menjadi keldai untuk PAN/ DAP selepas Sheikh Umar Baghrib membawa PMIUM menyertainya untuk siri demo Tangkap M01. Nampaknya sekali lagi budak-budak pembangkang menjadi koleksi untuk dikambing hitamkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Hasutan 1948 dan lain-lain lagi. Bermulalah episod turun naik mahkamah. Lebih malang jika universiti selepas PRK ini akan mengambil tindakan Kaedah-Kaedah Tatatertib UM. Pastinya matlamat Anis Syafiqah dan geng pro pembangkang ingin jadi sampah tercapai!
Keputusan PRK UM Jadi boneka parti pembangkang di luar tidak semestinya mencerminkan apa yang ada dalam kampus. Akhirnya ‘Silent Majority’dalam kampus memberi kata putus menyingkirkan Pro M. Ini kemenangan sebenar dalam kampus. Bangga dengan politik luar sehingga memalukan universiti mereka putuskan untuk singkir kumpulan pengacau.
So rasa coklat atau Oren?
#Nota: Moga Prof Rohana masukkan dalam bakul Anis dan budak-budak yang terlibat kepada ancaman keselamatan bulan lalu. Tunjukkan mereka realiti cabaran sebenar.