KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2016 dijadualkan akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember depan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO akan merasmikan persidangan serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada perhimpunan kali ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.