SUBANG: Pesawat ringan milik syarikat swasta patah gear pendaratan depan ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di sini, petang tadi.
Kejadian 5.30 petang itu berlaku selepas pesawat TB-20 berkenaan selesai menjalani latihan.
Sumber berkata, kejadian berkenaan menyebabkan lapangan terbang itu terpaksa ditutup kira- kira sejam.
“Siasatan awal mendapati gear pendaratan depan patah menyebabkan berlaku kemalangan kecil ketika mendarat.
“Keadaan terkawal dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan,” katanya.