Setelah berpuluh tahun, Tan Sri Muhyiddin menyemai kebencian kepada pembangkang dan apa yang dilakukan mereka termasuklah perhimpunan haram dan Reformasi kerana ia bakal merosakkan keamanan dan kestabilan negara, kini beliau sudah berubah.
Ketika itu, Muhyiddin selama bertahun-tahun juga mengagungkan Barisan Nasional (BN) termasuk menyanjung Perdana Menteri yang terdahulu termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini.
Bagaimanapun, tidak sampai pun berapa lama, Muhyiddin kini sudah melaung bersama-sama Reformasi yang dulunya diilhamkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk partinya, PKR dan untuk membebaskan dirinya dari penjara.
Boleh dikatakan juga agaknya, bahawa Muhyiddin yang dulunya tidak menyokong Anwar dan perbuatan liwatnya tetapi kini umpama menyokong Anwar dan pembebasannya.
Nampak tidak kekok melaungkan perkataan itu sepertimana sifat menentang kerajaan itu sudah ada lama dalam diri Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden UMNO.
Kini, Muhyiddin adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan kesemua pemimpin dalam parti itu adalah pemimpin yang mudah berpaling tadah dengan sesuka hati.
Atas pentas yang dibenci dulu, atas pentas mereka yang mengutuknya dulu kini Muhyiddin melaungkan kata-kata itu.
Kalaulah seorang pemimpin itu bermaruah, sudah pasti ada rasa malu untuk Muhyiddin menentang kerajaan dengan begitu agresif memandangkan dirinya sendiri menyokong BN bermati-matian dulu, sudah pasti beliau tidak berkelakuan seperti ini.
Tidak hairanlah, Muhyiddin kini begitu rapat dengan menyokong bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama membuat dakwaan tidak berasas ke atas Najib menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Di atas pentas ceramah PKR itu, pada permulaan ceramahnya itulah Muhyiddin mula melaungkan Reformasi berkali-kali menyokong perjuangan PKR untuk membebaskan Anwar.