Pada bulan julai yang lepas Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim telah membawa satu usul di Dewan Undangan Negeri Selangor untuk melantik Adun BN sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC).
Pada masa itu, Adun BN menolak jawatan itu kerana ianya dibuat atas faktor politik. Walaupun Adun BN menolak, tetapi kerajaan Selangor bersungguh-sungguh juga untuk melantik Adun BN ke jawatan itu. Sini
Tolak punya tolak, mereka tak peduli, mereka nak lantik juga. Akhirnya mereka membawa usul itu ke persidangan Dun dan akhirnya diluluskan juga.
Setelah diluluskan di Dun, Adun BN tersebut masih menolak lagi jawatan berkenaan. Kemudian Speaker Dun Selangor beritahu, Adun BN tidak boleh menolak jawatan itu kerana keputusan melantiknya diputuskan oleh ahli-ahli dewan.
Pada masa pengundian dilakukan, adun-adun PKR,Pas dan DAP memberi sokongan padu kepada Adun BN. Manakala Adun-Adun BN yang lain membantah dan semasa undian dijalankan mereka menolaknya. Sini dan sini
Akhirnya Adun BN tewas di tangan kerajaan negeri. Beliau terpaksa menerima perlantikan itu. Sungguh luar biasa sokongan yang diberikan oleh kerajaan negeri pada masa itu. Mereka bermati-matian mahukan Adun BN memegang jawatan itu.
Selepas selesai perlantikan, maka bermulalah episod jual ubat di pihak kerajaan negeri.
Kata mereka,
Lantikan anggota pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negeri (PAC) membuktikan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan budaya politik kedurjanaan dan mampu bekerjasama dengan semua pihak hatta Barisan Nasional sekali pun demi kebaikan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Selangor.
Sumber dan sambungannya: Klik di sini
Itu sikap dan kata-kata mereka lima bulan lepas.
Tetapi hari ini, lain sudah jadi.
Sekelip mata mereka berubah.
Semalam Ketua Setiausaha Negara mengumumkan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
Tiba-tiba sahaja kerajaan negeri dan parti-parti mereka menjadi kelam kabut seperti kucing kehilangan anak.
Mereka membantah perlantikan itu. Tidak tahu dimana silapnya dan kenapa mereka takut sangat dengan Datuk Khusrin. Sedangkan beliau bukan ahli mana-mana parti. Beliau adalah seorang kakitangan kerajaan.
Jika Adun BN kamu boleh lantik dan mengatakan kamu bersikap terbuka, mengapa Datuk Khusrin seorang kakitangan kerajaan dan tidak mewakili mana-mana parti kamu bantah ?
Ayuh Khalid, tunjukkan sikap terbuka kamu seperti mana yang kamu laungkan selama dulu.
Kepada rakan-rakan sekalian, mereka cukup-cukup takut dengan perlantikan tersebut bukan kerana apa, tidak lain tidak bukan kerana Datuk Khusrin seorang yang komited dalam menjalankan tugas. Beliau jujur dan tidak suka pusing-pusing atau bersekongkol dengan perkara yang mungkar.
Jika Kerajaan Selangor yang ada pada hari ini benar-benar sebuah kerajaan yang telus dan bersih mereka tidak perlu takut dengan perlantikan itu. Ini tidak, kita boleh lihat mereka punya gelabah lain macam sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh KSN. Seolah-olah ada sesuatu yang hendak disorokkan.
Khalid Ibrahim mengatakan beliau tidak pernah diberitahu tentang perlantikan itu. Bohong , percayalah cakap saya dia berbohong. Tiga bulan lepas lagi dia sudah tahu tentang perkara itu.
Sekarang dia cuba nak bermain wayang pula, kononnya dia tidak tahu.
Sekarang ini terimalah perlantikan Datuk Khusrin dengan dada yang terbuka sebagaimana kamu melantik Adun BN sebagai Pengerusi PAC. Sila tunjukan sikap kamu yang mampu bekerjasama dengan semua pihak hatta Barisan Nasional sekali pun.
Baca seterusnya di Ruang Bicara Faisal