Berlaku letupan di stesyen minyak Petronas di Taman Mount Austin Johor Bahru yang berhadapan dengan Hospital Sultan Ismail. Menurut sumber tidak rasmi, seorang dikhuatiri menjadi korban dalam letupan tersebut.
Hospital Sultan Ismail merupakan tempat di mana mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah dipindahkan. Dua kejadian kebakaran dalam sehari ini mengundang tanda tanya dan misteri di kalangan rakyat Johor.
Menerusi video yang dimuat naik kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.55 petang tadi.
Mangsa yang terkorban, Mohd Faizal Mazlan, 33, dikatakan berada berdekatan dengan tangki tersebut sebelum tercampak beberapa meter dari kawasan letupan.
Dari maklumat awal, kejadian berpunca apabila pam minyak itu meletup secara tiba-tiba dan setakat ini laluan lebuh raya yang menghubungkan stesen minyak itu ditutup buat sementara.
Menurut Ketua Operasi dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Johor Bahru, Leftenan (PA) Mohd Aziz Jupri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.
“Setibanya di lokasi kejadian, memang terdapat kebakaran di bahagian belakang stesen minyak dan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum diberi rawatan pertolongan cemas,” katanya.