Sikap tidak kisah Majlis Peguam berhubung isu menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki hartawan Amerika Syarikat, George Soros, memperlihatkan organisasi itu seolah-olah tiada harga diri dan tidak bertanggungjawab.
Majlis Peguam sepatutnya lebih tahu bahawa OSF merupakan satu organisasi yang bertujuan mengubah masyarakat dan mempunyai agenda memecahbelahkan institusi negara yang menjadi sasaran seperti Malaysia melalui penyaluran dana-dana itu.
Apabila mereka memberi kenyataan begitu, seolah-olah mereka tidak kisah dengan apa yang akan terjadi kepada negara dengan campur tangan asing asalkan agenda politik mereka dapat dibiayai.
Mana boleh mereka kata tidak kisah terima dana daripada organisasi seperti itu, di mana sikap mereka sebagai rakyat yang sayangkan negara?
Majlis Peguam hari ini berkata, organisasi itu tidak kisah walaupun menerima dana daripada OSF yang dikaitkan dengan Soros.