PERCAYAKAH kalian bahawa BERSIH 5 tiada kaitan dengan tuntutuan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil sepertimana dicanang mereka?
Mana tidaknya, apa kena mengena dengan laungan “undur Najib! undur Rosmah!” dengan pilihan raya?
Apa pula kena mengena membawa kanak-kanak yang masih belum layak mengundi di pilihan raya?
Maka dari pada awal lagi pun BERSIH 5 telah gagal membuktikan perjuangan mereka sebenar.
Pada hakikatnya, BERSIH 5 bertujuan untuk membalas dendam dan menunjukkan kemarahan politik sesetengah pemimpin pembangkang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jika dahulu Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP menjadi tonggak utama hala tuju BERSIH, sekarang mereka telah dibantu pula oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Bayangkan Pengerusi PPBM sendiri sanggup pulang dari Sudan dengan menaiki sebuah pesawat mewah hanya dikhaskan untuk dirinya sahaja semata-mata demi menyertai BERSIH 5 pada petang Sabtu di KLCC. Inilah gambaran betapa hitamnya hati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed itu terhadap anak didiknya sendiri, Najib.
Gerakan mahu menggulingkan anak didik sendiri ini sebenarnya telah dimulakan oleh Mahathir sendiri sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 lagi. Mahathir sudah mula sedar bahawa tiba masanya untuk dia bergerak menjatuhkan Najib segera. Maka, dia meminta agar Kerajaan Malaysia jangan boros dengan mengaitkan tahap kewangan negara yang kununnya telah defisit.
Seterusnya Mahathir bergerak ke Dewan Rakyat memasang strategi untuk menjatuhkan Najib melalui ahli Dewan Rakyat, semasa itu Mahathir masih belum berkawan rapat dengan pembangkang, maka terbukti ahli-ahli Dewan Rakyat dari kerajaan lebih mempercayai Najib berbanding Mahathir.
Setelah gagal menghasut ahli Dewan Rakyat, Mahathir terpaksa mencuba kaedah baharu dengan bergabung bersama pembangkang melalui ‘Deklarasi Rakyat’ yang dia sendiri katakan mempunyai 1.2 juta tanda tangan bersetuju Najib dilucutkan jawatan.
Akhirnya teknik membeli data rakyat Malaysia telah terbongkar dan ini sekali gus membusukkan nama Mahathir kerana telah menipu data berkenaan.
Bukan sahaja Mahathir bertindak menipu rakyat, malah dia juga telah menipu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kerana senarai ‘Deklarasi Rakyat’ itu dipersembahkan kepada Istana Negara.
Dipendekkan cerita akhirnya Mahathir terpaksa melepaskan dendam kesumatnya itu melalui turun ke BERSIH 4 dan BERSIH 5 yang disertai oleh lebih dari 80 peratus bangsa Cina. Walaupun Mahathir berseronok berucap di hadapan mereka berbaju kuning pada sabtu lalu, namun dia tidak sedar bahawa sokongan rakyat terhadap BERSIH sudah mula pudar dengan amat ketara.
Semasa BERSIH 4 tahun lepas, dilaporkan oleh Malaysiakini bahawa seramai 500,000 orang telah hadir, namun pada BERSIH 5 kali ini pula dianggarkan maksimum seramai 20,000 orang sahaja hadir.
Adakah Mahathir tidak nampak bahawa rakyat sudah mula muak dengan dirinya yang pernah ‘hijack’ BERSIH 4 dan berulang kembali pada BERSIH 5 ini?
Atas faktor kegagalan ini difahamkan pada tahun hadapan, ada pihak akan sekali lagi menganjurkan BERSIH 6 di KLCC. Menurut sebuah sumber yang rapat dengan ‘orang besar’ BERSIH, siri keenam demonstrasi itu dijadulkan pada 28 hingga 29 Januari 2017 bermula 10 pagi hingga 10 pagi keesokan harinya.
Ia mengambil faktor ‘tuah tahun Ayam’ yang menjadi pegangan kaum Tiong Hwa.
Menurut kepercayaan ini, tahun Ayam adalah pekerja keras, tegas dalam mengambil keputusan dan mudah mengutarakan pemikiranya.
Oleh kerana ini, tahun ini lebih cenderung menjadi pemimpin. Ini menjadi faktor lebih baik kununnya untuk demonstran BERSIH menuntut perjuangan mereka.
Adakah Mahathir akan mempergunakan BERSIH 6 sekali lagi untuk mengheret mereka kepada perjuangan diri sendirinya?
Tidak mustahil ia akan berlaku lagi sepertimana yang telah dia lakukan pada BERSIH 4 dan 5 kali ini. Mungkin ‘tuah tahun Ayam’ kali ini akan digunakan sepenuhnya oleh Mahathir untuk menghasut rakyat, jika benar bagai dikata oleh sumber berkenaan.
Apa pun, Bersih 5 sudah gagal. Ianya sebahagian daripada siri kegagalan pembangkang ini. Sudah sudahlah. Tunggulah pilihanraya.