Satu ketika dahulu, sejak 1955, PAS adalah gergasi politik di pihak pembangkang.
PAS yang lebih banyak jadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat berbanding DAP dan PKR.
Kali terakhir PAS jadi Ketua Pembangkang adalah pada penggal 1999-2004, selepas itu sudah tiga penggal DAP dan PKR mendominasi PAS.
PAS hanya kekal sebagai kerajaan negeri Kelantan. Manakala DAP kuasai Penang. DAP dan PKR bersama sama kuasai kerajaan negeri Selangor.
Biarpun PAS banyak kerusi dalam DUN Selangor. Namun yang lebih dianggap “abang besar” di Selangor adalah DAP. ADUN PAS hanyalah ADUN kelas keempat selepas ADUN DAP, PKR dan PAN.
Dulu PAS ada “group Anwarinas” dan profesional di samping kumpulan ulama. Sejak tertubuhnya PAN, hanya tinggal ulama dalam PAS. Geng Anwarinas dan profesional sudah masuk PAN. Malah PAS juga hilang 6 kerusi parlimen kepada PAN.
Agenda DAP untuk memecah belah Melayu sudah berjaya. Dulu Melayu berpecah pada dua parti sahaja iaitu PAS dan UMNO. Sejak ada PKR, ada Melayu masuk PKR juga. Sudah terpecah tiga.
Dengan tertubuhnya PAN yang ditaja oleh DAP, orang Melayu berpecah kepada empat parti. Mahathir dan Muhyiddin pula dengan agenda peribadi dan kroni mereka menubuhkan PPBM, atau lebih dikenali sebagai parti bunga.
Wujudnya parti bunga ini memecahkan lagi Melayu kepada lima parti. Baru baru ini, Ibrahim Ali pula memaklumkan bahawa Perkasa juga berminat untuk tanding 50 kerusi parlimen dalam PRU14.
Dengan pengumuman Ibrahim Ali itu Melayu pecah pada enam parti. Ada juga Melayu yang masuk DAP seperti Dyana, Rara, Melati, Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Ahli Parlimen Raub.
Melayu sudah terpecah kepada tujuh parti dengan mengambil kira Melayu yang masuk DAP itu. Melayu dari parti dominan Melayu yang mana masuk ke parti parti serpihan ini? UMNO atau PAS?
Yang menyusut paling ramai adalah dari PAS. Hilang 6 kerusi parlimen dan beberapa ADUN yang terus terang nyatakan sokongan pada PAN.
Parti bunga yang diasas oleh Mahathir hanya pergi dengan 1 kerusi parlimen Pagoh sahaja. Itu pun pendaftaran parti bunga hanya berjaya capai 15,000 keahlian sahaja di seluruh negara. Jauh dari sasaran awal 6 juta ahli seperti yang pernah disebut Khairuddin.
Kumpulan Melayu mana yang banyak masuk parti bunga? Bukannya ahli UMNO tetapi banyaknya adalah dari Perkasa dan PAS.
Di Malaysia, dengan populasi rakyat sejumlah 30 juta orang, Melayu hanyalah 56% (16.8 juta) dari populasi. 12% adalah bumiputera Sabah dan Sarawak.
Dengan terpecahnya Melayu kepada 7 kelompok parti. Keahlian UMNO kini adalah 3.8 juta orang. Tidak menyusut tapi bertambah lagi keahlian baru.
Hampir 25% daripada orang Melayu di Malaysia adalah ahli UMNO.
Jika satu keluarga ada suami, isteri dan dua orang anak. Maka jumlah keluarga ahli UMNO adalah sejumlah (3.8 juta x 2 orang anak yang belum layak mengundi ) 7.6 juta orang Melayu. Ini bermakna 45% daripada keluarga orang Melayu di Malaysia adalah orang UMNO.
Pada 3 Jun 2016, Takiyuddin Hassan mengakui keahlian PAS merosot 20% kepada hanya 800,000 orang ahli.
800,000 orang ahli PAS bermakna hanya sejumlah 4.7% sahaja dari jumlah Melayu di Malaysia.
UMNO dengan 3.8 juta ahli sudah ada 23% sokongan Melayu, PAS 4.7% sokongan Melayu. PAN ada dalam 200,000 orang serpihan dari ahli PAS, 1.1%. Parti bunga hanya 15,000 ahli atau hanya 0.09%.
Pada 29 Disember 2015, SPR mendedahkan bahawa ada lagi 8.9 juta Melayu yang cukup umur belum daftar mengundi. Mereka yang belum daftar ini sudah mewakili hampir 52% jumlah orang Melayu di Malaysia.
a) UMNO 23%
b) PAS 4.7%
c) PAN 1.1%
d) PPBM 0.09%
e) Tidak Daftar 52%
Jumlah 80.89%
Ada lagi 19.11% Melayu yang mungkin bersama PKR, DAP dan Perkasa atau tidak berpihak pada mana mana parti.
DAP menguasai hampir 95% (3.9 juta orang) daripada hanya 25% populasi Cina di Malaysia (4.2 juta) dalam PRU14.
DAP mendapat sokongan daripada masyarakat Cina dan mereka menjadi ketua kepada pembangkang dan bukan lagi PAS. Lihat pecahan anggaran sokongan ini dalam pakatan pembangkang.
a) DAP 3.9 juta pengundi Cina (95%)
b) PAS hanya 4.7% pengundi Melayu
d) PAN hanya 1.1% pengundi Melayu
c) PPBM hanya 0.09 pengundi Melayu
d) PKR mendapat undi dari Melayu, Cina dan India (dianggar 2% undi Melayu)
Ini sebabnya PAS bukan lagi gergasi politik dalam pembangkang. DAP yang jadi penentu. DAP telah berjaya pecahkan Melayu dalam pembangkang.
Biarpun hanya 25%, DAP telah berjaya kuasai kaum majoriti di Malaysia dalam pembangkang.
Orang Melayu dalam pembangkang tidak boleh berharap apa apa jika DAP yang menjadi ketua.
Sudah dilihat apa nasib Melayu di Pulau Pinang bila DAP berkuasa. Melayu hanya diguna untuk lulus RUU Babi.
DAP hanya mahu pergunakan Melayu sahaja. Guna untuk mendapat kuasa. Lepas dapat kuasa, Melayu jadi mangsa.
Gergasi politik Melayu yang politik diharap untuk membela agama, bangsa dan negara sekarang adalah UMNO. Setelah PAS pecah, DAP sekarang yang kuasai Melayu di pihak pembangkang. Berhentilah jadi barua kepada DAP.