Touch points ucapan dasar Presiden UMNO
1. Satu ucapan pembakar semangat dan persediaan mental utk menghadapi pilihanraya.
2. UMNO sebagai sebuah organisasi dan pasukan perlu berpegang kepada prinsip setia dan taat kepada pemimpin yang berwibawa seperti YAB DS Najib.
3. UMNO tetap memperjuangkan dan membela nasib Melayu dan Bumiputera sampai bila-bila.
4. UMNO tetap relevan walaupun umur parti semakin dewasa yakni lebih 70 tahun akan tetapi semangat, roh dan obor perjuangan terus marak dan menyala dalam menonggak kempimpinan Barisan Nasional dan Kerajaan.
5. Kepimpinan UMNO yang menerajui kerajaan bersifat inklusif dan sentiasa menjamin kepentingan serta hak kaum, agama dan bangsa lain terjamin selaras dgn Perlembagaan Persekutuan.
6. Kepimpinan UMNO dalam kerajaan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip keadilan dlm pemerintahan seperti yang dituntut oleh agama agar semua pihak tidak terpinggir dan mendapat kesaksamaan yang sewajarnya.
7. Oleh itu, rakyat perlu bijak membuat pilihan dan menilai jasa serta khidmat UMNO yang menjadi teras kerajaan selama 60 tahun sejak merdeka ini berdasarkan bukti2 rekod kejayaan cemerlang dalam membangunkan negara. Pilihan menentukan kelangsungan kepimpinan UMNO mudah-mudahan mendapat sokongan dan dokongan majoriti rakyat melalui pilihanraya yang bakal tiba tak lama lagi.