GEORGETOWN – Jurukamera sambilan RTM, Mohamad Amirul Amin Amir, 27 cedera dipercayai ditembak di susur masuk Jambatan Pulau Pinang, sebentar tadi.
Suspek melepaskan tembakan dan terkena bahu kiri mangsa kira-kira jam 7.30 malam.
Mangsa dilaporkan stabil dan kini dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.